Wednesday 2 November 2011

Itulah Sayang

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra :)

MrRyte? :)

Assalamualaikum. Hi, yg berceloteh ni nama dia Asyrah Azlan. Hhe. Oke ini lah kerja aku bila bosan, brbloggg. Hari ni hari Rabu 2 nov 2011. genab dah kott sebulan ak singlee. hahah. tp dah mcm 2 , 3 bulan dahh kott. mse coup tu sumpah tk rasa pon mcm coup :( sorry lah kite ni cpt terasa, hati kite tersentuhh. mm. dah tkde makne kott. tak boleh terima semua tu. tp nk buat mcm mne an jodoh dah tkde so ak redha jea :(  sygg dia, syg kite dkt dia tk pernah berubah dan kurang even boleh dikata kan dia banyak lah jugak sakit kan hati kite :( cinta pertama tak kan sama dgn cinta ke kedua, cinta kedua tak kan sama dgn cinta ketiga, cinta ketiga tak kan sama dgn cinta pertama dan kedua ryte? mm. masa baru2 knl, belom jumpa ayt maniss, bila dah jumpa, dah tgk perempuan tu mcm mne, ckp dky mmbe2 yg perempuan tu tk lawa, then lost contct :( Oke kite sedar mungkin kite tk layak utk dia, kite ni tk seberapa. tak lawa sbb tu lah dia tk pandang skg an. mm.sometimes kita kena terima bila putus cinta sbb Allah nk tunjuk kan yg kita dah mencintai org yg salah. and sometimes kite kena lah berterima kasih dkt org yg pernah sakit kan hati kita tu. sbb dia dah mengajar kita erti perpisahan dan kasih sygg yg sebenar. Terima kasih awk. Terima kasih utk semua ni. Terima kasih sbb dah mengajar kite ap itu perpisahan :'( Oke lah saya harap suatu hari nanti saya akan ketemu MrRyte yg betol2 right, terima saya seadanya dan tdk memilih :)

so lepas nii jangan pertikaikan dah...sepatutnya kita jangan sedih bila putus cinta,tetapi cubalah untuk versyukur,kerana ALLAH memberi kita peluang untuk mencari yang terbaik :)

Sunday 30 October 2011

sayaa takk marah. tapiiiiiiii

awak...
saya tak marah pun kita putus..tapi..
saya sedih sebab saya tak mampu nak lupakan awak :(

saya tak marah pun awak tak cintakan saya..tapi..
saya sedih sebab saya MASIH cintakan awak :(

saya tak marah pun sebab kehilangan awak..tapi..
saya sedih setelah saya kehilangan awak :(

saya tak marah kalau awak benci saya dan suruh saya lupakan awak tapi...
saya sedih sebab akan SEDIH MERINDUI awak dan terus MENCINTAI awak hingga AKHIRNYA ...

bila perempuan menangis

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan ...menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

Friday 28 October 2011

Andai Lelaki Tahu

“CINTA SEJATI, CINTA ABADI BERKEKALAN”



Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.